Wednesday, May 6, 2015

Perubahan..Perlu kental.. ^__^

Untuk berubah..memang susah..perlu istiqamah..jangan gundah..jangan lemah..jangan rebah..teruskan melangkah..
Kita mmg x mmpu berubah sekelip mata..tak apa..sedikit demi sedikit untuk kembali ke jalanNya..asalkan kta x putus asa..Dia sentiasa bersama kita..hanya perlu yakin dgnNya..
Kisah silam jadikan pengajaran..jadikan guru untuk mencorak masa hadapan yg lebih baik yang disusuli dgn ketenangan..cinta hakiki yang abadi,adalah cinta daripada Tuhan..cinta sesama insan,entah sampai di mana akn terus bertahan..ujian,adalah medium Dia untuk menguji ketabahan..usah gentar,usah rawan..terusla berjalan menuju ke arah keredhaan Tuhan..bersamaNya,nescaya akan temui kebahagiaan..
‪#‎muhasabahdiri‬

Haura Maqsurah "Puteriku Sayang"

Monday, May 4, 2015

DAKWAH TAPI TAK AMAL !


Insyallah, kali ni, kami nak hurai tentang satu isu yang bagi kami  sangat penting untuk di fahami. Iaitu tentang isu “dakwah tapi tak amal”. Kenapa kami nak sentuh perkara ni? Sebab bagi kami, ramai orang tak nak buat dakwah, tak nak tegur kawan-kawan dia, tak nak post dan tweet benda-benda islamik, dengan alasan:

“Aku tak amal lagi…..”

Biasa tak dengar alasan ni? Atau korang pun termasuk di dalam orang-orang yang guna alasan ni, lepas tu tinggalkan dakwah? Lepas tu, orang guna hujah surah AS-Saf ayat 2 dan 3, sebagai dalil bahawasanya Allah murka kepada orang yang cakap tapi tak amal. And then, korangpun tak buat dakwah sebab takut Allah murka…

Terus-terang kami cakap, alasan korang 100% salah dan menyeleweng. Kenapa kami cakap macam tu? Oleh kerana itulah, kami tulis entri kali ni, agar ramai JELAS tentang isu ini, insyallah. Jom kita pergi satu-satu.

HUKUM DAKWAH?

bab dakwah, apakah hukumnya?  Secara simple kami nak sebut, hukum dakwah, hukum ajak orang buat baik dan tegur orang bila dia buat salah adalah WAJIB. Bahkan bukan setakat WAJIB, dakwah adalah WAJIB ATAS WAJIB! Kenapa kami kata dakwah ni hukumnya wajib atas wajib?

Kerana tanpa dakwah, segala kewajipan akan di tinggalkan. Seperti solat misalnya. Kalaulah takde orang buat dakwah, takkan ada orang yang akan solat! Kalau takde orang nak buat dakwah, takkan ada orang yang nak puasa! Kalau takde orang buat dakwah, maka maksiat akan berleluasa. Bayangkan, kalau nabi dan sahabat tak buat dakwah, nescaya ISLAM takkan ada kat muka bumi ni!

Kerana itulah, hukum dakwah adalah WAJIB atas wajib. 

Sebagai orang islam, keislaman kita takkan sempurna melainkan kalau kita buat dakwah. Ibadah tak cukup untuk tingkatkan iman kita, selagi mana kita tak buat dakwah. Orang yang beriman, adalah orang yang buat dakwah! Bahkan, siapa yang tak buat dakwah, keislamannya ada kecacatan!

Jelas?

So, bila dah tahu bahawa dakwah tu hukumnya wajib, sepatutnya dah takde alasan untuk kita tak tinggal dakwah. Sepatutnya lah. Tapi, syaitan amat licik. Dia akan bagi kita macam-macam ketakutan dan kekeliruan, yang mana akhirnya, kita tinggalkan dakwah ni dengan rileksnya, tanpa rasa bersalah. Kalau kita tak puasa kita rasa bersalah, maka kalau kita tak buat dakwah pun kita KENA RASA BERSALAH! Sepatutnya..



TANDA TAUBAT DITERIMA

Kita sebagai hamba Allah, nak tak nak mestilah mempunyai kesedaran dalam diri masing-masing. Jangan ingat kita ni hebat sangat. Seperti yang kita ketahui, tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini melainkan nabi S.A.W. Jangan ingat kita ni mulia disisi Allah seperti tidak pernah membuat kesalahan. Pada masa yang sama, kita melakukan maksiat. Bahkan kita kita tidak berasa maksiat yang kita lakukan sebagai dosa sama sekali. Setiap manusia tidak lepas daripada kesalahan dalam hidup mereka. Persoalannya hari ini, sesetengah orang menggunakan alasan 'Allah Maha Pengampun' sebagai penenang hati ketika mereka melakukan maksiat. Kononnya mereka menganggap Allah s.w.t akan mengampunkan dosa mereka serta merta, Tetapi adakah Allah akan menerima taubat kita jika kita berterusan melakukan dosa ?? Tepuk dada, tanya iman. Waallahua'lam..
Sejujurnya nak berubah ni, semua orang mampu. Yang jadi masalah ialah, kita nak berubah atau tidak. Kalau kita nak, Allah S.W.T akan buka jalan seluas-luasnya, Allah akan beri kemudahan dan kekuatan yang luar biasa kepada kita. Tetapi kalau kita tidak mahu, kita akan jadi kreatif untuk mencipta dan mencari pelbagai alasan untuk berubah. Bukan nak kata alasan sesetengah daripada kita salah. Mungkin dari satu sudut, ianya betul dan boleh diterima. Tapi sampai bila nak beralasan ? Sampai bila nak terus menerus bagi pelbagai alasan. Itu persoalannya...fikir-fikirkanlah :)

Wednesday, April 29, 2015

Assalamualaikum semua..
Apa khabar iman kita pada hari ini??
Adakah ia masih segar-bugar, subur laksana bunga yang sedang mengembang??
Atau mungkin iman kita sudah layu umpama pokok yang telah lama dahagakan air dan cahaya..??
.
.
.
Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,,
Tepuklah dada, tanyalah jawapan di hati..:)

In sya Allah hari ini saya akan membicarakan tentang kelebihan solat..

KELEBIHAN SOLAT

Bismillahirrahmanirrahim...

(Dipetik dari Himpunan Kitab2 Fadhail Amal, Fadhilat Solah - Hadith 1 m/s 3
Diriwayat daripada Hazrat Abdullah bin Umar r.anhuma katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, Islam dibina atas lima(rukun). Bersaksi bahawasanya tiada tuhan selain Allah s.w.t dan Muhammad adalah hambanya dan Rasulnya, mendirikan solah dan mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan.(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Keterangan:
Kelima-lima perkara di atas merupakan asas Islam yang unggul dan rukun yang penting. Dalam hadith ini, Nabi s.a.w mengibaratkan Islam sebagai sebuah khemah yang ditegakkan oleh lima batang tiang. Tiang tengah ialah kalimah syahadah. sementara keempat-empat tiang di empat penjuru khemah itu merupakan empat lagi rukun Islam yang lain.Tanpa tiang tengah khemah tersebut tidak boleh ditegakkan sama sekali. Jika khemah itu ada tiang tengah dan salah satu dari empat tiang tadi tidak ada maka khemah itu masih dapat ditegakkan tetapi penjuru yang tiada tiang itu akan cacat dan condong. Setelah mengetahui sabdaan Nabi saw, kini marilah kita sama-sama menyemak diri kita sendiri, sejauh manakah kita menjaga solat kita? Adakah sudah sempurna?

Sebenarnya kelima-lima rukun Islam tersebut amat penting sehingga dijadikan asas Islam. Sebagai seorang Islam, kita sangat perlu mengambil berat terhadap kesemua rukun Islam itu tetapi amalan yang terpenting sesudah iman ialah solah.

Hazrat Abdullah bin Masud r.a berkata bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah saw,Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah swt? Baginda saw menjawab solat. Saya bertanya lagi,Selepas solat apa pula? Jawab Baginda saw, Berbuat baik kepada ibu bapa. Saya bertanya lagi, Selepas itu apa pula?. Rasulullah saw bersabda, Jihad. Mulla Ali Qarirah berkata bahawa hadith ini menjadi dalil bagi pendapat utama yang menegaskan bahawa solat adalah amalan yang paling afdal selepas iman. Pendapat ulama tersebut dikuatkan lagi dengan hadith sahih yang bermaksud, Sebaik-baik amalan yang diperintahkan oleh Allah swt kepada hambanya adalah solat.Tentang solat yang merupakan amalan paling afdal antara semua ibadat yang lain, diterangkan dengan jelas dalam banyak hadith sahih. Antara hadith yang terkandung dalam kitab Jamiu Saghir seperti yang diriwayatkan oleh lima orang sahabat iaitu Hazrat Thauban, Hazrat Ibnu Amr r.a, Hazrat Salamah, Hazrat Abu Umamah dan hazrat Ubadah r.a. Diriwayatkan dari Ibnu Masud ra dan Hazrat Anas r.a bahawa amalan yang terbaik ialah mengerjakan solah tepat pada waktu solat. Diriwayatkan juga daripada Ibnu Hazrat Ibnu Umar r.a dan Hazrat Ummi Fardah r.a bahawa amalan yang paling baik ialah solat pada awal waktu.
...الصلاة عماد الدّين

#jompeliharasolat



Tuesday, March 31, 2015

6 PERSOALAN HIDUP

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-
muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawap baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara mesyuarat kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar.. kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Sahabat-sahabatku yang disayangi,,
ayuh..
sama-samalah kita memelihara diri agar tidak terpesong dari landasan Islam..
Wallahu a'lam..:)