Wednesday, May 6, 2015

Perubahan..Perlu kental.. ^__^

Untuk berubah..memang susah..perlu istiqamah..jangan gundah..jangan lemah..jangan rebah..teruskan melangkah..
Kita mmg x mmpu berubah sekelip mata..tak apa..sedikit demi sedikit untuk kembali ke jalanNya..asalkan kta x putus asa..Dia sentiasa bersama kita..hanya perlu yakin dgnNya..
Kisah silam jadikan pengajaran..jadikan guru untuk mencorak masa hadapan yg lebih baik yang disusuli dgn ketenangan..cinta hakiki yang abadi,adalah cinta daripada Tuhan..cinta sesama insan,entah sampai di mana akn terus bertahan..ujian,adalah medium Dia untuk menguji ketabahan..usah gentar,usah rawan..terusla berjalan menuju ke arah keredhaan Tuhan..bersamaNya,nescaya akan temui kebahagiaan..
‪#‎muhasabahdiri‬

Haura Maqsurah "Puteriku Sayang"

Monday, May 4, 2015

DAKWAH TAPI TAK AMAL !


Insyallah, kali ni, kami nak hurai tentang satu isu yang bagi kami  sangat penting untuk di fahami. Iaitu tentang isu “dakwah tapi tak amal”. Kenapa kami nak sentuh perkara ni? Sebab bagi kami, ramai orang tak nak buat dakwah, tak nak tegur kawan-kawan dia, tak nak post dan tweet benda-benda islamik, dengan alasan:

“Aku tak amal lagi…..”

Biasa tak dengar alasan ni? Atau korang pun termasuk di dalam orang-orang yang guna alasan ni, lepas tu tinggalkan dakwah? Lepas tu, orang guna hujah surah AS-Saf ayat 2 dan 3, sebagai dalil bahawasanya Allah murka kepada orang yang cakap tapi tak amal. And then, korangpun tak buat dakwah sebab takut Allah murka…

Terus-terang kami cakap, alasan korang 100% salah dan menyeleweng. Kenapa kami cakap macam tu? Oleh kerana itulah, kami tulis entri kali ni, agar ramai JELAS tentang isu ini, insyallah. Jom kita pergi satu-satu.

HUKUM DAKWAH?

bab dakwah, apakah hukumnya?  Secara simple kami nak sebut, hukum dakwah, hukum ajak orang buat baik dan tegur orang bila dia buat salah adalah WAJIB. Bahkan bukan setakat WAJIB, dakwah adalah WAJIB ATAS WAJIB! Kenapa kami kata dakwah ni hukumnya wajib atas wajib?

Kerana tanpa dakwah, segala kewajipan akan di tinggalkan. Seperti solat misalnya. Kalaulah takde orang buat dakwah, takkan ada orang yang akan solat! Kalau takde orang nak buat dakwah, takkan ada orang yang nak puasa! Kalau takde orang buat dakwah, maka maksiat akan berleluasa. Bayangkan, kalau nabi dan sahabat tak buat dakwah, nescaya ISLAM takkan ada kat muka bumi ni!

Kerana itulah, hukum dakwah adalah WAJIB atas wajib. 

Sebagai orang islam, keislaman kita takkan sempurna melainkan kalau kita buat dakwah. Ibadah tak cukup untuk tingkatkan iman kita, selagi mana kita tak buat dakwah. Orang yang beriman, adalah orang yang buat dakwah! Bahkan, siapa yang tak buat dakwah, keislamannya ada kecacatan!

Jelas?

So, bila dah tahu bahawa dakwah tu hukumnya wajib, sepatutnya dah takde alasan untuk kita tak tinggal dakwah. Sepatutnya lah. Tapi, syaitan amat licik. Dia akan bagi kita macam-macam ketakutan dan kekeliruan, yang mana akhirnya, kita tinggalkan dakwah ni dengan rileksnya, tanpa rasa bersalah. Kalau kita tak puasa kita rasa bersalah, maka kalau kita tak buat dakwah pun kita KENA RASA BERSALAH! Sepatutnya..



TANDA TAUBAT DITERIMA

Kita sebagai hamba Allah, nak tak nak mestilah mempunyai kesedaran dalam diri masing-masing. Jangan ingat kita ni hebat sangat. Seperti yang kita ketahui, tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini melainkan nabi S.A.W. Jangan ingat kita ni mulia disisi Allah seperti tidak pernah membuat kesalahan. Pada masa yang sama, kita melakukan maksiat. Bahkan kita kita tidak berasa maksiat yang kita lakukan sebagai dosa sama sekali. Setiap manusia tidak lepas daripada kesalahan dalam hidup mereka. Persoalannya hari ini, sesetengah orang menggunakan alasan 'Allah Maha Pengampun' sebagai penenang hati ketika mereka melakukan maksiat. Kononnya mereka menganggap Allah s.w.t akan mengampunkan dosa mereka serta merta, Tetapi adakah Allah akan menerima taubat kita jika kita berterusan melakukan dosa ?? Tepuk dada, tanya iman. Waallahua'lam..
Sejujurnya nak berubah ni, semua orang mampu. Yang jadi masalah ialah, kita nak berubah atau tidak. Kalau kita nak, Allah S.W.T akan buka jalan seluas-luasnya, Allah akan beri kemudahan dan kekuatan yang luar biasa kepada kita. Tetapi kalau kita tidak mahu, kita akan jadi kreatif untuk mencipta dan mencari pelbagai alasan untuk berubah. Bukan nak kata alasan sesetengah daripada kita salah. Mungkin dari satu sudut, ianya betul dan boleh diterima. Tapi sampai bila nak beralasan ? Sampai bila nak terus menerus bagi pelbagai alasan. Itu persoalannya...fikir-fikirkanlah :)

Wednesday, April 29, 2015

Assalamualaikum semua..
Apa khabar iman kita pada hari ini??
Adakah ia masih segar-bugar, subur laksana bunga yang sedang mengembang??
Atau mungkin iman kita sudah layu umpama pokok yang telah lama dahagakan air dan cahaya..??
.
.
.
Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,,
Tepuklah dada, tanyalah jawapan di hati..:)

In sya Allah hari ini saya akan membicarakan tentang kelebihan solat..

KELEBIHAN SOLAT

Bismillahirrahmanirrahim...

(Dipetik dari Himpunan Kitab2 Fadhail Amal, Fadhilat Solah - Hadith 1 m/s 3
Diriwayat daripada Hazrat Abdullah bin Umar r.anhuma katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, Islam dibina atas lima(rukun). Bersaksi bahawasanya tiada tuhan selain Allah s.w.t dan Muhammad adalah hambanya dan Rasulnya, mendirikan solah dan mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan.(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Keterangan:
Kelima-lima perkara di atas merupakan asas Islam yang unggul dan rukun yang penting. Dalam hadith ini, Nabi s.a.w mengibaratkan Islam sebagai sebuah khemah yang ditegakkan oleh lima batang tiang. Tiang tengah ialah kalimah syahadah. sementara keempat-empat tiang di empat penjuru khemah itu merupakan empat lagi rukun Islam yang lain.Tanpa tiang tengah khemah tersebut tidak boleh ditegakkan sama sekali. Jika khemah itu ada tiang tengah dan salah satu dari empat tiang tadi tidak ada maka khemah itu masih dapat ditegakkan tetapi penjuru yang tiada tiang itu akan cacat dan condong. Setelah mengetahui sabdaan Nabi saw, kini marilah kita sama-sama menyemak diri kita sendiri, sejauh manakah kita menjaga solat kita? Adakah sudah sempurna?

Sebenarnya kelima-lima rukun Islam tersebut amat penting sehingga dijadikan asas Islam. Sebagai seorang Islam, kita sangat perlu mengambil berat terhadap kesemua rukun Islam itu tetapi amalan yang terpenting sesudah iman ialah solah.

Hazrat Abdullah bin Masud r.a berkata bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah saw,Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah swt? Baginda saw menjawab solat. Saya bertanya lagi,Selepas solat apa pula? Jawab Baginda saw, Berbuat baik kepada ibu bapa. Saya bertanya lagi, Selepas itu apa pula?. Rasulullah saw bersabda, Jihad. Mulla Ali Qarirah berkata bahawa hadith ini menjadi dalil bagi pendapat utama yang menegaskan bahawa solat adalah amalan yang paling afdal selepas iman. Pendapat ulama tersebut dikuatkan lagi dengan hadith sahih yang bermaksud, Sebaik-baik amalan yang diperintahkan oleh Allah swt kepada hambanya adalah solat.Tentang solat yang merupakan amalan paling afdal antara semua ibadat yang lain, diterangkan dengan jelas dalam banyak hadith sahih. Antara hadith yang terkandung dalam kitab Jamiu Saghir seperti yang diriwayatkan oleh lima orang sahabat iaitu Hazrat Thauban, Hazrat Ibnu Amr r.a, Hazrat Salamah, Hazrat Abu Umamah dan hazrat Ubadah r.a. Diriwayatkan dari Ibnu Masud ra dan Hazrat Anas r.a bahawa amalan yang terbaik ialah mengerjakan solah tepat pada waktu solat. Diriwayatkan juga daripada Ibnu Hazrat Ibnu Umar r.a dan Hazrat Ummi Fardah r.a bahawa amalan yang paling baik ialah solat pada awal waktu.
...الصلاة عماد الدّين

#jompeliharasolat



Tuesday, March 31, 2015

6 PERSOALAN HIDUP

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-
muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawap baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara mesyuarat kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar.. kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Sahabat-sahabatku yang disayangi,,
ayuh..
sama-samalah kita memelihara diri agar tidak terpesong dari landasan Islam..
Wallahu a'lam..:)

Friday, March 27, 2015

Assalamualaikum readers..
Admin Yumi here..
Hmm...I watched Diana Amir's video 'bout her daughter Khaulah Al-Azwar just now..Honestly,I really love that name..Really suited the baby though..
Hmm..What's my point???
O..Kay..
Dearest reader...Do you know why she named her baby as Khaulah Al-Azwar?
So..This is the reason..
(P/s: I write the story in Malay)

Kisah di sebalik nama KHAULAH AL-AZWAR (nama anak Diana Amir)..
Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain. Beliau adik kepada Zirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Jika diteliti sirah mujahidah ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan muslimat paling handal dalam sejarah Islam. Dalam perang Yarmuk, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu. Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Zirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu penggempuran di sekitar Damascus. Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng, beliau yang menyertai pasukan Khalid bin Al-Waleed meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat; membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan berlawan. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya, “Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”. Khaulah mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak. Beliau meluncur laju ke arah barisan Rom, membunuh seorang dengan tombaknya, lalu meluncur ke arah barisan Rom di bahagian lain dan mencederakan atau membunuh tentera Rom yang lain. Pertempurannya secara solo itu ibarat menjadi satu pertunjukan kepada tentera Muslimin yang lain di samping membangkitkan semangat mereka untuk terus berjuang. Beliau akhirnya mendedahkan identitinya yang pasti mengejutkan sesiapa yang mengetahui (dicatatkan Khalid hampir-hampir terjatuh dari kudanya). Akhirnya, tentera Muslimin, bersama Khaulah berjaya membebaskanp panglima Zirar dalam satu operasi serangan berikutnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin. Sewaktu menyertai perang Sahura, Khaulah dan beberapa orang wanita telah ditawan oleh musuh. Mereka telah dikurung dan dikawal rapi beberapa hari lamanya tanpa senjata untuk melepaskan diri. Nampaknya tidak ada cara lain yang paling berkesan melainkan membakar semangat sahabat-sahabatnya yang lain, agar dapat bertindak pantas sebelum musuh mengapa apa-apakan mereka. Khaulah sedar Allah sendiri memberi jaminan bahawa kekuatan jiwa boleh mengalahkan kekuatan senjata. Maka Khaulah pun berkata: "Wahai sahabat-sahabatku yg sedang berjuang di jalan Allah, apakah saudari-saudari sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah juga saudari semua sanggup menjadi hamba-hamba orang kafir yang dilaknati itu. Relakah saudarai dihina dan dicaci maki oleh orang Rom durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah. Dimanakah letak kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu adalah lebih baik bagi kita semua daripada menjadi hamba-hamba orang Rom". Seorang daripada mereka menjawab, "Sesungguhnya apa yang engkau katakan itu adalah benar. Demi Allah, kami semua mempunyai harga diri. Pedang lebih berguna dalam keadaan begini. Kalau kita lalai umpama kambing yang tidak bertanduk tifak (mempunyai senjata)". Masing-masing mengemukakan berbagai pendapat dan semuanya menunjukkan ingin mati syahid. Tidak seorangpun yang mahu menjadi tukang picit orang Rom. Tetapi malangnya mereka tidak mempunyai senjata hatta sebilah pisau pun tidak ada. Tetapi Khaulah tidak mati akal dia terus menjawab: “Wahai wanita-wanita muslimin sekalian, tiang-tiang dan tali khemah ini sangat berguna bagi kita dan cukuplah ini saja senjata kita. Syahid lebih baik bagi kita dan inilah saja cara yang terbaik untuk kita melepaskan diri dari kehinaan ini, sebelum mereka dapat menyentuh kita atau menyentuh salah seorg dari kita. Mari kita bersumpah untuk bersatu dalam hal ini untuk menyerah diri kepada Allah. Sesungguhnya Allah akan menolong orang-orang yang menolongNYA”. Masing-masing menjawab, “Demi Allah segala-segalanya katamu itu adalah benar. Kami tidak rela hidup dihina, syahid lebih baik bagi kami daripada hidup menanggung malu”. Tekad para tawanan ini sudah bulat. Setelah menetapkan harinya maka mereka pun melaksanakan keputusan yang dibuat. Sebelum itu mereka berdoa sungguh-sungguh pada Allah dan bertaubat dengan segala dosa yang lalu. Menangis dan merayu memohon campakkan dalam hati mereka kekuatan jiwa yang kuat dan semoga Allah memudahkan pekerjaan dan berharap semoga datanglah bantuan-bantuan ghaib untuk menolong mereka. Khaulah telah memimpin segala urusan dalam pekerjaan berat itu, dia menyandang tiang kayu siap untuk berjuang. Sebelum itu dia memberi taklimat kepada anak-anak buahnya: "Wahai saudari, jangan sekali-kali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan ini dan jangan ada yang terkecuali, patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan bacaan takbir dan yang penting ialah saudari mesti kuatkan hati saudari semua. Insya Allah pertolongan Allah sudah dekat". Begitulah keyakinan Khaulah, berkat keberaniannya mereka semua terselamat dari segala bentuk bencana itu. Setelah mengikat segala yang perlu, dia diikuti oleh Ifra Bt Ghaffar, Ummi Bt Utbah, Salamah Bt Zari’, Ran’ah Bt Amalun, Salmah Binti Hu’man dan seluruh wanita lainnya. Khaulah mendahului memukul pengawal dengan tiang yang dibawanya lalu menamatkan riwayat tersebut. Wanita-wanita lain bila melihat itu, maka masing-masing bersedia menyerang pengawal-pengawal lain dan bertempurlah mereka dengan gagah berani. Orang-orang Rom ketakutan kerana serangan yang datang secara tiba-tiba. Khaulah berjaya merampas sebuah tombak lalu digunakan untuk bertempur sedangkan tiang di tangan kanannya digunakan sebagai melindungi dirinya dari tusukan tombak dan tebasan pedang. Akhirnya Khaulah dan semua wanita berjaya mencerai beraikan pasukan Rom dapat melepaskan diri dari kafir durjana dan kembali ke pasukan Islam dengan selamatnya. Begitulah kisah seorang pahlawan muslimat yang hebat. Hebatnya tidak digambarkan pada masa kini.

When I read the whole story,I got goosebumps..For sure..And..I felt that,Oh My God..How come I didn't know who is Khaulah Al-Azwar?? She's absolutely amazing..Now..I already know who she is..Thanks Ukhti Diana cause had introduce me to this amazing lady..Khaulah Al-Azwar..
My prayer..May Ukhti Diana's Khaulah will grow up as amazing as Khaulah Al-Azwar,whom will bring her parents to Jannah..Amin..

Dear Muslimah Readers..
Let us together take this Khaulah Al-Azwar as our role model and example to be the best,strongest and cleverest Muslimah ever..I really adore her fighting spirit..She's truely amazing..

So..My writing ended here..Till we meet again in the next entry..

Let's be the best Muslim and the best Mukmin..
XOXO
-Admin Yumi-

Monday, March 23, 2015

بسم الله الرحمن الرحيم

Hai hai hai awak2 semuaa ! Hows your day ? Hows your iman ? Hows your soul ? Hows your heart ?

Erk , heart attack  ? Sebab what ? Cinta  ? Oh My Giraffe

Meh sini , kami boleh tolong .. . bi idznillah !



👒 CINTA

Ada 2 kategori cinta.
👠FitRah
👡FitNah

Ha , what is Cinta Fitrah ?

☺ satu perasaan yang lahir dari hati , suci , tulus dan bersih dari sebarang kekotoran !
☺ disalurkan ke jalan yang benar
☺ Tidak tercemar dengan nodaan dan maksiat

That is cinta fitrah ! Dalam erti kata lain , cinta fitrah ni perasaan semula jadi yang ALLAH dah cipta untuk hamba2 DIA. Perasaan yang special , indah , cantik ! Ia adalah fitrah manusia  .

Rasulullah pun Cintakan Khadijah

See ? That is fitrah

But how it can be CINTA FITNAH ?

.. BILA DISALURKAN KE ARAH YANG SALAH.
.. cinta yang dicemari maksiat.
.. Cinta yang hanya untuk menurut kehendak hawa nafsu.
.. cinta yang datang daripada SYAITAN ..
.. kotor , tercemar , busuk dan yang seangkatan dengannya.

So that is CINTA FITNAH ! Perasaan yang lahirnya mmg dari hati , tapi disalurkan ke jalan yang salah.

Cth : couple
 HALAL ATAU HARAM ?
Jawapannya HARAM ! Tiada istilah halal dalam islam untuk budaya couple ni KECUALI 1 ja.. Couple lepas nikah .

" demi kau , lautan api sanggup ku renangi "

Jep sepah jawab ,
" alah kau , minum kopi  pun kau tiup , ni kan nak rentas lautan api "

Haha. 😁

Cop ! couple islamic ? Ohhh.. No no no ! That is totally like minum soya campur arak , makan daging lembu + khinzir , samak kulit khinzir , and semua yang sewaktu dengannya. Bak kata akhi farhan , minum arak baca bismillah . so semua tu ialah perumpamaannya..

Matlamat tidak menghalalkan cara. ALLAH kata , la taqrabu zina ! See ? Nak dekat pun ALLAH dah tak kasi , apatah lagi nak buat benda tersebut.

Sahabat sayang ,
Tiada istilah couple atau couple islamik dalam islam. TIDAK ADA !
Jangan ikut budaya barat. Semua tu permainan yahudi belaka utk lemahkan hati dan otak umat islam. Kita remaja islam , kita pahlawan islam , kita srikandi islam ! Jangan mudah tpengaruh dengan dakyah dan budaya ciptaan yahudi laknatullah !

Wahai cinta hati , garis panduan ALLAH adalah untuk memudahkan kita , menjaga diri kita , menjaga maruah kita , melindungi mahkota kita. Jangan murahkan diri untuk bercouple , kerana itu adalah jalan yang mudah untuk kau dekati maksiat dan zina !

Jaga hati , jaga iman , jaga diri . jangan sampai CINTA FITRAH menjadi CINTA FITNAH. Jangan buat benda yang ALLAH tak suka ! Merana nanti. Saya tak nak tengok ada cinta hati saya nangis sebab cinta yang nilainya serendah sampah ! Ingattt ! *upin ipin .. *

..................

So , as usual , refresh niat awk semua. Sedekahkan alfatihah untuk keluarga dan sahabat Rasulullah , dan seterusnya kepada parents dan keluarga kita. dan , jangan lupa berselawat ke atas Baginda S.A.W , DAN doakan saya cepat kaya ! Kih3 *gurau2😬*

Sobahul khair wahai cinta hati 💔


Sunday, March 22, 2015

Assalamualaikum,readers..
Admin Yumi in the house..(clapclapclap)
Okay..Kinda annoying..Cut it off!

The first entry of Haura Maqsurah for today is about...jengjengjeng..

IKHTILAT.. (clapclapclap)
Okay..lemme get started..
First of all..

What is "IKHTILAT"??
Ikhtilat is an Arabic words which means intermingling of sexes.Meeting together,mixing,intermingling a man and a woman in one place,which can cause FITNAH. These are PROHIBITED BY THE LAW OF ISLAM (SYARIAH).

Hurmm..I guess,there're will be some reader that will say, "Okay,Admin Yumi,what's your proof that say it is prohibited in Islam??" or "Urgghh..What are you trying to say Admin Yumi..I don't get it!" or "Puh-lease..I disagree with you,Admin Yumi!!"

So..to answer your "QUESTIONS",read this:

The wives of the Prophet saw were ordained to keep from intermingling unnecesaruly because they were of such a higher and more pure status and were to set an example for the muslims sisters to come.
And when you ask [his wives] for something, ask them from behind a partition. That is purer for your hearts and their hearts. 
- [ 33:53]

Oh..still cant get it??
Read this:

Imam Ibn Qayyim once said:
There is no doubt that enabling women to mix freely (ikhtilat) with men is the root of every calamity and evil. It is one of the biggest reasons for general punishment (from Allah) to befall (a society). It is also one of the reasons of corruption of general and specific matters. Free-mixing between men and women is also the reason for increase in immorality and illegal sexual intercourse (zina). It is one of the reasons of widespread death and incessant plagues.
One of the greatest reasons of widespread death is fornication and adultery (zina) due to enabling women to mix freely with men and move among them made up and dressed up. Had the rulers known what corruption it causes in worldly affairs and the society, before the hereafter, they would have been the strictest in stopping it.”

Still disagree with me??
How 'bout this:

The Prophet saw enforced separation of men and women even at Allah’s most revered and preferred place, the mosque. This was accomplished via the separation of the women’s rows from the men’s; men were asked to stay in the mosque after completion of the obligatory prayer so that women will have enough time to leave the mosque; and, a special door was assigned to women. Evidence of the foregoing are: 
Umm Salamah (May Allah be pleased with her) said that after Allah’s Messenger (May peace and blessings be upon him) said “as-Salamu ‘Alaykum wa Rahmatullah’ twice announcing the end of prayer, women would stand up and leave. He would stay for a while before leaving. Ibn Shihab said that he thought that the staying of the Prophet (May peace and blessings be upon him) was in order for the women to be able to leave before the men who wanted to depart.”
Narrated by al-Bukhari under No. 793. 

Naa..Do you guys get it now?? 

Oh..Before I forgot..

But then..my dearest readers...there are some situation that need us to mix with the opposite gender..

"Naaa...I really don't get you,Admin Yumi!" Said one of my reader.

Need some explanation?? 
Here you are..

Rasulullah saw said that women and men would actually mix at time..I mean,in some situation..and of course,if/when there was a purpose and not for the sake of social leisure..

I repeat,NOT FOR SAKE OF SOCIAL LEISURE.. 

Here are the explanations and examples:

  • Aa’ishah bint Abi Bakr teaching Sahabah from the males about jurisprudential matters or Aa’ishah and the Prophet journeying together but where also accompanied by others. Here, the purpose is education and teaching and a group or jama’ah making travel together.
  • The Messenger (S), and the Companions, after marrying a woman had/held a waleemah in which they would eat and drink etc, together in the company of both men & women. The bride -or wife- is actually the one who would host the occasion, and serve her visitors.
  • Ahadeeth about Muslim women who treat Mujaahideen injured from fighting in the Jihaad.
  • Ahadeeth about Muslim women who were Mujaahidaat themselves, fighting in the Jihad. etc.

  • Okay..
    Am I clear enough? 
    I hope,this entry will helping you guys..
    So..My writing ended here..Till we meet again next time..Luv ya!!

    Lets together be the best muslim,and the best mukmin..
    XOXO
    ~Admin Yumi~